Monday 19 December 2011

Solat Hajat :)

Hah ! Cakap pasal solat hajat korang semua mesti penahh buadkan ? Selalunyer kite buad time nak amek exam penting macam PMR or SPM sama ada kat sekolah atau kat rumah . Sebelum amek SPM hari tuhh sekolah aku pun ade anjurkan majlis solat hajat untuk student SPM 2011 . 2 kali :) Tapi kite takk semestinyer kena harapkan pihak sekolah anjurkan atau manemane pihak , baru nakk buad solat hajat . Kite pun bolehh solat sendiri kat rumahh . Time kat SMVSKL dulu , Cikgu Fatimah selalu pesan kat kitaorang budakbudak ELEN supaya buad solat hajat tiaptiap hari . Ustazah Mardhiyyah pulak cakap buad solat hajat 6 rakaat lebih afdal . InsyaAllah aku ingat lagi pesan cikgucikgu aku . Alhamdulillah aku praktikkan segala pesanan dorang . Solat hajat nehh takk semestinyer kite buad sebelum amek exam jekk . Lepas exam pun takk salahh . Mintak larhh supaya dapat pemeriksapemeriksa yang baekbaek belaka , bolehh bagi kite full mark ker or supaya kite dapat result yang cemerlang . Allah tuhh Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani , takk mustahil die bolehh makbulkan hajat kite . Bukan susah sangat , 2 rakaat pun sudah memadai . Yang penting kite kena ikhlas dan bersungguhsungguh dalam mohon sesuatu hajat tuhh . Bukan dalam keadaan terpaksa okayy . Nak cakap lebihlebih pun , aku nehh pun cetek dalam bidang agame nehh . So , korang just bace jela ape yang aku reseach kat http://biroagamakelabep.blogspot.com/2010/03/solat-sunat-hajat-artikel-112010-tarikh.html . SELAMAT BERAMAL :)



MAKSUD SOLAT :
Solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah swt sama ada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan

HUKUM : Sunnat

TUJUAN SOLAT SUNAT HAJAT
  1. Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT
  2. Melatih diri sentiasa berharap kepada pertolongan Allah swt sama ada ketika senang atau susah
  3. Memohon hajat untuk diri sendiri dan orang lain
  4. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  5. Mengimbangi jiwa supaya reda menempuh sebarang ketentuan Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW: "Masa yang paling dekat antara hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud. Oleh itu Perbanyakan berdoa"

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat :
Boleh dilakukan bila-bila masa ( siang / malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, ketika matahari naik, dll. Walau bagaimanapun, lebih baik dilakukan pada lewat malam/separuh malam.
  • Setiap orang mempunyai cita-cita & hasrat. Untuk mencapai cita-cita & hasratnya memerlukan usaha & ikhtiar
  • Salah satu dari usaha & ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat & cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar
Hajat yang dipohon:
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain & doa untuk mengatasi/menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan.

Hajat yang tidak harus dipohon:
Memohon sesuatu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat/kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT
  1. Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
  2. Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
  3. Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
  4. Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
  5. Tidak putus asa dengan takdir Allah
  6. Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insya-Allah)
Bentuk-bentuk Hajat berserta Contoh-contoh :
  1. Mendapat sesuatu kebaikan duniawi, cth : Cemerlang dalam kerjaya, dimurahkan rezeki, keharmonian masyarakat dan keamanan negara
  2. Mendapat sesuatu kebaikan ukhrawi, cth : Menjadi orang yang istiqamah dalam beribadat
  3. Dijauhi daripada keburukan duniawi, cth : Gagal dalam kerjaya, penyakit, kemelesetan ekonomi dan pencerobohan musuh negara
  4. Dijauhi daripada keburukan ukhrawi, cth : Perbuatan maksiat,kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat
TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN APABILA PERMOHONAN DIMAKBULKAN
  1. Bersyukur dengan memuji Allah dan mengerjakan sujud syukur
  2. Menggunakan anugerah Allah yang diperoleh untuk kita menambah amalan kebajikan seperti bersedekah, membuat jamuan kesyukuran atau membantu orang yang memerlukan bantuan
  3. Bersikap merendah diri
  4. Istiqamah melakukan solat
  5. Membanyakkan lagi solat hajatMemohon keampunan Allah
TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN APABILA PERMOHONAN TIDAK DIMAKBULKAN
  1. Tidak berputus asa melakukan solat sunat hajat
  2. Meyakini bahawa Allah SWT tetap memberi pahala pada hari akhirat atas solat hajat yang dilakukan
  3. Bertawakal kepada Allah SWT dan meyakini bahawa Allah akan memakbulkan permohonannya pada masa akan datang
  4. Bertaubat kepada Allah SWT kerana mungkin permohonan tidak dimakbulkan akibat dosa yang dilakukan




No comments:

Post a Comment